Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE CELEBRATES ITS 32ND ANNIVERSARY

PENANJONG GARRISON, Tuesday, 04 January 2022 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) celebrated its 32nd Anniversary with a parade at the Sp Bn RBLF Parade Square, Penanjong Garrison. Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer of Sp Bn RBLF. Also present were Second-in-Command Sp Bn RBLF, Officers and Sp Bn RBLF personnel.

Upon the arrival of the Guest of Honour, the parade led by Major Asmafahmi Hazimin bin Haji Mohd Sultan gave the honorary salute and duly escorted the Guest of Honour to inspect the parade, which comprised of personnel from the Sp Bn RBLF Headquarters, Armoured Reconnaissance Squadron Sp Bn RBLF, Combat Engineer Squadron Sp Bn RBLF, Chemical, Biological, Radiological and Explosive Defence Unit Sp Bn RBLF and Combat Boat Squadron Sp Bn RBLF. The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah and a speech by the Guest of Honour.

In his speech, the Guest of Honour emphasised on maintaining discipline and integrity as well as taking care of the morale of all personnel. He also highlighted the adherence to the COVID-19 guidelines implemented by the Ministry of Health in adapting towards the new norm throughout daily routine in the workplace, training or exercises. 

The event continued with the recital of Doa Kesyukuran and ended with a group photo session.



BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE 32

PENANJONG GARISON, Selasa, 04 Januari 2022 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-32 dengan mengadakan perbarisan di Padang Kawad Bn Bantu TDDB, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB. Turut hadir semasa perbarisan tersebut ialah Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota Bn Bantu TDDB.

Sejurus ketibaan Tetamu Kehormat, perbarisan yang diketuai oleh Mejar Asmafahmi Hazimin bin Haji Mohd Sultan melapor dan seterusnya mengiring Tetamu Kehormat untuk memeriksa perbarisan yang terdiri daripada anggota-anggota dari Markas Bn Bantu TDDB, Skuadron Kerita Perisai Peninjau Bn Bantu TDDB, Skuadron Jurutera Tempur Bn Bantu TDDB, Unit Pertahanan Kimia Biologi Radiologi dan Letupan Bn Bantu TDDB dan Skuadron Bot Tempur Bn Bantu TDDB. Upacara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan daripada Tetamu Kehormat.

Dalam ucapan, beliau menekankan kepada semua lapisan pemimpin mengenai kepentingan mengekalkan disiplin dan integriti serta menjaga kesejahteraan dan moral seluruh anggota. Beliau turut mengingatkan untuk sentiasa mematuhi garispanduan dan langkah- langkah pengawalan wabak COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai norma baru di sepanjang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sama ada ia merupakan kerja harian, latihan mahu pun eksesais.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.